Bagi sesiapa yang berminat dan baru nak mulakan pengembaraan muzik menggunakan synthesizer, ini adalah saranan saya. Synthesizer paling murah dan kecil yang boleh anda beli di pasaran ialah Korg Monotron.
Terdapat 3 jenis variasi Korg monotron yang ada di pasaran iaitu Monotron, monotron duo dan monotron delay. Ketiga tiganya mempunyai fungsi yang berbeza, anda boleh pilih yang mana menepati citarasa anda atau anda boleh beli ketiga tiganya sekali kerana harganya yang agak berpatutan.
Diantara kelebihan Korg Monotron selain ia boleh dimainkan sebagai synthesizer dengan memainkan kibod kecil yang ada padanya ia juga boleh dijadikan sebagai efek (lebih kurang sama seperti efek pedal gitar). Setiap monotron mempunyai lubang AUX untuk anda cucuk audio atau line in ke dalamnya dan memberikan efek kepada audio anda seperti delay,reverb, gate dan lain lain. Setiap monotron mempunyai efek yang berbeza beza.
Kelebihan lain Monotron ialah ia merupakan synthesizer analog. Bunyi bunyian analog semakin menjadi kegilaan para pemuzik kerana bunyinya yang lebih umph berbanding synyhesizer digital. ini kerana bunyian yang terhasil diproses dengan menggunakan hardware bukannya dengan menggunakan komputer seperti yang terdapat di dalam synthesizer digital.
Saya secara peribadi mempunyai Monotron delay dan menggunakannya di dalam komposisi muzik eksperimental saya. Dibawah ini merupakan salah satu komposisi eksperimental saya yang menggunakan monotron delay sepenuhnya.
Jadi dengan harga yang berpatutan, anda boleh dapatkan synthesizer dalam dalam satu ini, dimana selain ada dapat analog synthesizer anda juga boleh jadikannya sebagai audio efek kepada muzik anda.
ermm kak lily tak pandai bab-bab musik ni tapi karaoke tuh reti lah kan hehehe kiranye musician kena adalah alat ni kan untuk kesenangan diaorang
BalasPadamI pun tak pandai bab bab musik, tapi bagus lah u sharing information macam ni. Memudahkan untuk yang baru nak berjinak dengan musik. Keep on sharing!
BalasPadamwow ..teknologi makin canggih , kena baca baru tahu apakah ia ....bagus u sharing mana tahu ada yang mencari ker
BalasPadamHehehehe seram juga bila dengar muzik tu hasilnya wakakaka tapi orang yang memang seni dengan muzik suka lah main alat ni ayah kita suka hehehehe kalau dia tahu ada kecil dan murah macam ni memang dia beli..
BalasPadamOk, actually Synthesizer ni apa? Huhu. Sbb tak biasa sgt dgn bahasa-bahasa musik ni. Tau beli CD & dgr je. Haha.
BalasPadamTak pernah tau Synthesizer ni..maklumlah sis ni buta musik sikit..kalau setakat dgr radio n karok tu ok gak le..hehehe
BalasPadambaru first time dengar benda nie. walaupun kita nie lelaki tp bab2 macam nie memang tak gheti. hahahahha. nie kalau peminat muzik sukalah kalau ada satu dekat rumah. nanti nk recommend kan ke kawan2
BalasPadamBaru tahu bunyi ni terhasil dari synthesizer, ingatkan guna software ataupun apps dekat pc. Bolh la suggest kalau ada kawan yang tanya.
BalasPadamalamak, sis tak arif sangat bab2 muzik ni. tapi suka dengar muzik je la.. kagum dengan mereka yang mempunyai minat dan pandai dalan bermain alat muzik ni. Papepun, sedap dengar experiment muzik awak tu
BalasPadamWow ohsem! Kecik comel jer ehhh? Tapi menghasilkan bunyi yang tak sangka! Canggih tul teknologi
BalasPadamdasat nya benda kecik tu tapi power la bunyi-bunyi dia. liez tak pandai pun pasal musik tapi pernah baca pasal benda kecik tu.hihihi.. info berguna jugak ni mana tau anak-anak nnt minat musik..
BalasPadamWah! Menarik! Cx tak pandai bab² muzik ni tapi ini satu ilmu baru untuk cx pelajari. Baru tahu benda alah nama synthesizer ni berkaitan muzik. Hehe
BalasPadamApa kegunaan/fungsi sebenar synthesizer sebenarnya. Emi bab peralatan muzik ni memang tak tahu.
BalasPadamtak tahu pasal muzik. jadi macam blur apa fungsi yer.. mungkin bagi mereka yang suka kan bidang muzik ni faham kot..
BalasPadam