Komposisi elektromagnetik ini direkodkan dengan menggunakan inductor coil pickup untuk menukarkan isyarat elektromagnetik kepada bunyi. Ia direkod dengan menggunaan mikrofon telephone coil yang diletakkan di belakang telefon pintar semasa pengguna sedang berbual. Seperti yang dapat anda lihat dalam video semasa kami sedang melakukan interaksi sosial dan bersembang, sebahagian daripada kami pula asyik menggunakan telefon pintar untuk melakukan interaksi sosial secara digital. jadi isyarat elektromagnetik mereka ditukar menjadi audio dan pada masa yang sama menjana efek audio reaktif seperti yang anda lihat dalam video ini.
ps: Jangan ketinggalan untuk menyaksikan saya mempersembahkan komposisi experimental secara live di Yayasan sime darby art festival 2018 yang akan berlangsung pada 18 dan 19 ogos ini di KLPac kuala Lumpur. Saya akan melakukan persembahan pada pukul 3.30 hingga pukul 4 petang pada kedua - dua hari di depan bangunan klpac.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan