Setelah penah lelah menghasilkan serta menyiapkan sesebuah
karya muzik, sebahagian besar hasilnya dinikmati oleh orang lain serta para
pencuri karya. Yang tinggal untuk pemuzik dan pengkarya hanya sebahagian kecil
sahaja. Itulah maksud karya ini dimasa kebanyakan hasil titik peluk pengkarya dan pemuzik dijarah oleh cetak rompak serta syarikat rakaman.
Arahan instalasi: Letakkan tangan serta jari jemari anda pad kanvas
dan sentuh serta belai lukisan tersebut untuk menghasilkan bunyi.
Instalasi ini merupakan sebahagian dari pameran solo Fendi mazalan yang bertajuk Sisi Bunyi.
‘Sisi Bunyi’ merupakan instalasi seni bunyi yang menggambarkan kehidupan serta situasi yang dihadapi oleh pemuzik serta pengkarya muzik di Malaysia serta di seluruh dunia. Ia menceritakan bagaimana pemuzik terinspirasi untuk berkarya, gaya kerja, kehidupan serta permasalahan yang dihadapi pemuzik dalam menempuh kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan